Wednesday, September 16, 2009

Dah Pindah Pun

Semalam aku dah pindah dengan jayanya. Tapi tingkat kitaorang kat opis baru tak siap pun lagi. Kitaorang jadi merempat-rempat la kat tempat yang dah siap. Kaler opis aku oren ngan kuning. Ok la tapi agak ke dalam sket kalau nak jalan-jalan. Transport awam pun tade. Ni aku balik kat opis lama. Tengok-tengokkan ada 2 orang staf yang kena keje guna server lagi. Server baru nak angkut petang ni. Aku nak layan game la dulu sementara tunggu diaorang ni siap. :-)

Friday, September 11, 2009

Hamper Raya!!!

Ari ni opis nak bagi hamper raya. Hamper tahun ni tak semeriah tahun-tahun lepas. Barang dah kurang. Pas tu sume kuih raya jek. Kuih plak alahai... Tade yang jadi peberet aku. Ok la dari tade langsung kan...

Bulan Puasa ngan Pindah

Lama tak update blog nih. Skang ni aku tengah sibuk-sibuk kemas barang. Berkotak-kotak jugak barang aku. Dah masuk kotak, lepas tu jenuh la pulak nak cari diari la, fail la. Maklum le lupa pegi kotak mana satu.

Penat tau berkemas bulan puasa ni. GM dah tak sabo-sabo nak suruh kitaorang ni pindah. Bulan puasa ni jugak. Tadi diaorang kata Jabatan Kewangan Selasa depan pindah. Huh... Penat. Nanti nak angkat server lagi. Ada 3 unit server nak kena angkat. Sape la nanti jadi tukang angkat nih. Kemas-kemas jugak. Keje jalan jugak. Tadi dah setel la keje aku. So minggu depan bolehlah dalam mood raya dah. Hehehe... Aku start cuti Jumaat depan. Esok nak gi Jalan Tar ngan Tiwan. Bestnye... Tapi teruk la nak meredah orang-orang yang shopping nih...

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa


Malam ni pengumuman puasa. Semoga bulan Ramadhan disambut dengan penuh kesyukuran kerana kita masih sempat lagi bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ni. Hanya di bulan ni kita dapat sembahyang terawih, jumpa malam Lailatul Qadar dan pahala berganda dari biasa. Aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan semoga bulan ini membawa rahmat kepada kita semua.

Rubik's Cube


Skang ni kat umah ni la keje aku, iwan ngan am. Masing-masing cuba mengasah bakat yang ade. Tapi berjaya ke??? Siap berguru lagi. Aku dah terer sket-sket dah. Tapi iwan ngan am lagi terer banyak sket dari aku. Hahaha... Aku buat mesti jadi sekerat jalan jek. Tak cukup teknik lagi. Kalau dah mengadap benda ni, leka jek... Kalau sape-sape yang minat boleh la cuba rubik'c cube ni. Mengasah otak cam buat maths... Jom la try...

Kemas Opis & Perasmian

Lama dah tak update blog aku ni. Ada cerita tapi maleh pulak nak mengarang. Ari ni baru ada mood nak karang ayat.

Ari ni agak penat sket. Tengah hari tadi aku ngan kawan-kawan opis kemas fail-fail. Ingatkan sikit je barang-barang IT. Kemas-kemas punye la banyak. Penat sangat. Dah la ari ni pakai baju batik. Tersangkut-sangkut plak tu. Isshhh... Rosak baju aku nih. Kat opis ni dah macam ape jek. Macam stor pun ada, macam gudang pun ada. Kotak sana sini. Macam ni nak keje pun ala-ala jek. Hehehe...

Opis aku kena pindah selewat-lewatnya bulan puasa ni. Ada yang kata naik raya je kat bangunan baru. Ada pulak yang kata lepas raya tu baru nak angkut semua skali. Ntah le... Macam-macam versi cerita yang keluar. Aku ikut jek.. Tak kisah la mana-mana pun. Tapi kalau bulan puasa ni kena kemas-kemas lagi... adoiii.. penat tu.

Bangunan baru kat ampang hilir. Dekat je la tapi kalau nak pegi tu dah tak sesenang tempat keje skang ni. Dah aku tak de keta skang ni. Memang kena antar ngan amik je la. Kawasan tu pulak memang bukan kawasan bas lalu. Agak ke dalam sket. Kalau nak keluar pegi jalan-jalan memang dah susah. Dok terperuk je la sampai abis opis. Bos-bos suka la nampaknye kitaorang semua ni terperap jek...

Petang tadi pulak ada perasmian opis beli jentera berat. Cengkadak. Penah dengar tak? Hahaha... Aku panggil cengkadak. Orang lain tak tau le. Apa mimpi ntah nak dirasmikan pulak. Kejap je pun majlisnya. Kul 3 start. 3.30 dah abis. Dalam kejap-kejap tu pun orang yang menguruskan berangin je nampak. Baru ada kuasa sket nak hangin-hangin. Dengan nak mencari extension cable last minit. Pas tu mula la melatah. Hmmm... Majlis pun biasa-biasa aje. Tak de la grand mana pun.

Monday, August 10, 2009

Hati Sedang Berbicara

Semua orang dah ditakdirkan rezeki masing-masing. Ada yang cepat.. ada yang lambat. Ada tu senang jek... ada tu kena berusaha sekeras-kerasnya baru la dapat. Itu lah yang dikatakan rezeki masing-masing.

Kadang-kadang tengok orang yang mudah dapat itu ini sedikit sebanyak terasa jugak dalam hati. Tapi dah ditakdirkan rezeki orang, takkan menjadi rezeki kita. Macam tu jugak ngan rezeki kita, takkan jadi rezeki orang lain jugak. Ape-ape pun kita kena redha dengan ketentuan Allah. Allah lagi mengetahui. Yang penting sebagai manusia, kita kena selalu bersyukur dengan apa yang ada. Tak semua yang kita fikir elok tu baik untuk kita kan...

Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku ada iwan, keluarga, adik beradik. Walaupun kalau nak dibandingkan aku dan kawan-kawan aku yang mungkin ada kelebihan sket dari aku, aku tetap bahagia dengan iwan. Seperti kata iwan... Kesabaran adalah magik... Ayat ni iwan amik dari cite TV. Hehehe... Dengan kesabaran kita akan lalui hidup ini dan mendapat rezeki yang pastinya telah ditentukan untuk kita.

Friday, August 7, 2009

Iwan Kena Pindah

Tadi iwan call aku tapi aku tak bawak hp pulak. Dah kena bebel sket ngan iwan. Sori ye iwan. Pas tu aku pun call la balik. Berita yang tak terkejut sangat ialah iwan kena pindah gi sungai buloh jugak. Hmmm... Nasib baik iwan dah terer bawak keta. Tapi sian jugak kat iwan, jauh sket la sungai buloh tu dari rumah. Pagi-pagi lagi dah kena bertolak ke sana.

Aku??? Huwaaa... Oleh kerana iwan bawak keta, iwan le kena antar aku. Tapi paginye... Huwaaa.. Dah la aku dan katil agak sukar dipisahkan. Orang kat opis ni pulak mana ada yang datang awal sangat. Rumah sume dekat-dekat. Adoiii...

Balik keje plak nampak gaya macam kena naik bas jek. Nak tumpang orang agak susah kalau orang tu balik sharp sangat kul 5. Aku kul 5++ baru nak kemas meja. Kalau nak balik sharp, sebelum kul 5 lagi dah kena kemas-kemas. Hmmm...

Tuesday, August 4, 2009

Foto



Penawar Hati...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Rasmi Belt or Cupcakes???

Kak jia yang sentiasa konpius ni konpius lagi. Gambar menunjukkan macam nak ajak kak jia buat cupcakes tapi cite terselit jugak beli belt baru. Nini... Kak jia tau le anda terer bercerita tapi jangan suke melompat-lompat ekkk.. I slalu lambat masuk ngan cerita u nih... Cite u nih nak buat cupcakes ngan i ke atau nak rasmikan belt baru depan mata i. Kalau nak buat cupcakes.. i ok aje.. Makan kan... Hehehe...

Ada Apa Dengan 8 Ogos 2009

Uhhh... Sedar tak sedar umur ni bakal berganjak lagi. 30 tahun. Angka yang mungkin tak berapa nak comel. Tak kisah la kan janji orangnye maintain comel. Jangan tunjukkan kedut-kedut penuaan. Hahahaha...

Usia yang makin meningkat ni sedikit sebanyak mematangkan aku. Ye la... Dulu-dulu bujang, sekarang dah bergelar isteri. Orang kata berat tanggungjawab seorang isteri. Tapi nasib baik iwan jenis yang senang diurus. Tak cerewet bab-bab makan, teman aku ke mana-mana pun boleh. Sayang iwan...

Impian aku pada besday aku kali ni aku nak mempunyai zuriat. Harap-harap dimakbulkan sempena Ramadhan ni. Amin...

Sabtu dan ISA

Nasib baik tak kuar ari Sabtu lepas. Kalau tak plan nak gi KL. Nak tempah kain baju melayu iwan kat Cambell. Teringat plak zaman reformasi dulu. Aku gi KL sorang-sorang jek. Tak tau pun ari tu ada reformasi. Tetiba je nampak banyak trak-trak polis. Huh... Cepat-cepat le aku balik. Takut...

Time Hindraf dulu pun aku ada pengalaman jugak. Time tu le Kak Siti ajak gi cari kain langsir. On the way tu banyak botol-botol mineral kat tengah jalan. Orang-orang India masing-masing ada pegang kayu. Seramnye!!! Memang kecut. Rasa dah bukan kat Malaysia dah...

Kali ni ISA aku tengok kat paper jek. Teruk jugak keadaannye. Kenapa la tak boleh bersatu. Yang bergaduh tu pun sesama Melayu jugak. :-(

Suka Suka


Saje nak letak beg duit aku yang comel ini. Aku suke sebab comel. Hahaha.. Tapi bukan branded punye arrr...

Hari Pelupusan Komputer

Lama tak update blog ni. Makin lama makin tade cerita pulak... Pelupusan ni minggu lepas aku buat. Ngan ija. Sebab kitaorang tak pegi trip opis ke Kelantan, so kitaorang buat la ape-ape yang patut. Banyak komputer lama yang nak kena lupus. Penat...

Ni gambar-gambar time lupus komputer.

Last skali, posing lepas penat-penat.

Monday, July 20, 2009

1st Time Ber'Facial'

Semalam 1st time aku berfacial. Hmmm... Jadi cun ke? Nini akhirnya berjaya gak memujuk aku supaya aku kelihatan lebih jelita. Hahaha... Muka aku ni banyak white head. Ada jek. So ari ni nak kata licin sangat tu tak de la kot tapi agak bersih la dari sebelum-sebelumnya. Ada gak budak tu promote sabun tanah liat. Mahal tapi nampak cam ok. Aku tengah berangan-angan macam nak beli. Nak jelita punye pasal...

Monday, July 13, 2009

Famili Day Opis Iwan

Sabtu lepas aku ikut iwan gi famili day opis iwan kat PD. Waahhh... Tahun ni je dah 4 kali aku ke PD. Tapi yang last ni tak berapa best pulak. Aku langsung tak mandi laut. Frust betul.

Famili day opis iwan buat aku cam boring sket. Nak kata aku ni tak pandai nak beramah mesra ke... atau diaorg ngan geng-geng diaorang jek. Tapi aku banyak buat hal aku sendiri jek. Sukaneka pun aku rasa tak enjoy... Aduhai...

Cuma makan malam la pengubat hati aku. Perut pun dah lapar. Makan bihun, nasi goreng, ayam bakar, hot dog, ikan bakar. Kenyang sungguh.. Pencuci mulut kek Secret Resipi. Hahahaha.. Sama ngan kek hantaran time kawin dulu. Sedap.. Licin aku makan. Iwan pun terkejut. Hahahaha.. Iwan lak tak lalu makan. Hilang selera makan dia nak karaoke dulu. Hahahaha.. Tapi kalah.

Tak pe la iwan, nanti kita gi karaoke jamban ekk...

Friday, July 3, 2009

Meeting

Semalam ngan hari ni meeting lagi. Fuhh... Terperap je kat bilik meeting. Tapi ok la.. meeting sistem. Takde nak serius mananya. Bersantai-santai dan makan-makan. Macam kata orang opis aku 2 hari ni tak payah nak bawak duit la. Hehehe... Kelebihan meeting asik makan jek. Kalau meeting yang tak stress tu ok la, kalau meeting yang kena marah jek ada selera ke nak makan lepas tu??? Lu pikirla sendiri kan...

Monday, June 22, 2009

Anyah dan Beg Tangan Jakarta

Anyah dah balik dari Bandung. Aku kirim dia handbag. Dalam hati ntah macam mana la handbag yang dia beli. Cun ke tak. Maklum le taste aku ni kadang-kadang old pesen sket. Hahaha... Sekali dia tunjuk cun abis. Waaa.. Terer gak dia belikan handbag untuk aku. Lawa. Yang penting aku suke sangat. Bleh melaram jalan-jalan ngan handbag baru.

Ramadhan

Pejam celik pejam celik kita dah pun hampir ke bulan Rejab. Lepas tu dah Syaaban dan Ramadhan. Tak sabar nak menunggu kedatangan Ramadhan. Berpuasa dan malamnya terawih. Bersyukur sebab masih lagi ditemukan dengan Ramadhan...

Bulan Rejab ni pun kita dah digalakkan berpuasa. Aku rasa nak puasa bulan Rejab ni. Tapi aku kena kuat semangat untuk bangur sahur. InsyaAllah, aku kena bangun jugak.

Tuesday, June 16, 2009

Penang Mari





Saje nak letak gambar-gambar kat Penang.

Jangan Pandang Belakang Congkak


Aku nak promote cite nih.. Sabtu lepas aku gi TGV KLCC ngan iwan. Tengok cite Jangan Pandang Belakang Congkak. Kelakar sangat. Korang sume pegi la. Tak de la rasa rugi duit gi tengok.

Jual kuih tart

Ari ni aku cuba skill aku bisnes kat opis ni. Jual kuih tart. Bukan banyak pun aku bawak. 2 bekas jek. Hahaha.. Nak cuba jual tu pun aku malu-malu kucing. Ija yang tolong promosikan. Nama ninie gak naik. Ye la, dah diaorang tanye sapa yang buat. Adik iwan... Glemer percuma la ninie.

Laku gak aku jual. Hahaha.. Diaorang kata sedap. Aku cakap ni untuk jual time raya. Tengok la kalau diaorang nak beli kuih tart ninie nih. Pas tu aku promote lagi ninie buat coklat cip sedap. Hahaha... Terer buat kek. Kak ita kata bawak le sampel sebelum puasa. Boleh diaorang rasa. Opis aku ni suke sopping-sopping nih. Tapi cukup le bawak 2 jek. Hahaha.. Rasa malu-malu kucing ekk nak bisnes.

Thursday, June 11, 2009

Rumah Baru Lagi

Nak beli rumah macam-macam hal nak pikir. Sekarang ni pasal bank value umah aku tu kurang dari harga yang owner tu letak. Pas tu bank bagi 90% je plak. Hadoiii... Banyak lagi yang aku kena topup ni. Susah jugak nak ada umah sendiri. Bila dah dapat umah yang berkenan, dah masalah lain plak. Skang ni macam malas nak pikir. Tunggu bincang ngan iwan la baru pikir.

Penang

Pagi-pagi lagi dah agak liat nak bangun. Maklum la nak start keje balik lepas cuti sakan. Seronok cuti. Agak penat jugak berjalan-jalan ke Penang. Tapi seronok. Bergambar jadi aktiviti wajib aku ngan iwan. Rasa nak berjalan-jalan lagi. Iwan ajak gi Langkawi hujung tahun. Tengok la macam mana kan. Pakcik ajak ke Sabah pun tak lepas-lepas lagi nih. Hadoyaiiiii...

Nanti balik rumah aku upload gambar-gambar kat Penang. Bandar Penang crowded jugak. Kalau aku la yang drive mau kecut-kecut jek. Shopping pun tak banyak. Beli jeruk-jeruk untuk bagi orang jek. Mak, nini ngan yati beli handbag lagi. Aku pun beli jugak. Beli beg duit comel jek.

Bila la nak cuti lagi nih...

Friday, June 5, 2009

It's FRIDAY!!!

Bestnye keje ari ni. Tenang dan tenteram. Bos cuti. Hehehe... Kalau hari-hari macam ni alangkah seronoknye.

Ahad ni aku ngan famili mentua gi ipoh. Ade orang kawin. Pas tu terus ke Penang. Aku penah sampai Penang ni dulu tapi takde jalan-jalan ke mana-mana pun. Sampai Selasa kitaorang kat sana. Naik keje je ade meeting. Huwaaa!!!!! Tak seronoknye. Dah la meeting tu selalu meleret-leret. Dekat-dekat nak malam baru nak abis. Kalau ikut aku, meeting yang baik yang tak membuang masa. Straight to the point jek.

Tuesday, June 2, 2009

Mocky's Closet vs Jia Jewel a.k.a Jia Jay

Tuah

Tonit
Kentoi
Etot

Oleh kerana ninie dah pun melancarkan company barunya, maka aku pun dengan sendirinya membuka company aku iaitu Jia Jewel. Setelah pikir punye pikir maka aku nak bisnes kucing. Sebab aku sayang kucing. Taik kucing jek aku tak minat. Hehehe... Gambar-gambar kat atas tu sume gambar kucing aku yang dah tinggal kenangan. Miss etot so much...

Bulan Jun dan Rumah Baru

Kejap jek dah bulan Jun. Pejam celik pejam celik dah setengah tahun dah. Tahun ni plak umur aku dah jadi 30 tahun. Rasa cam semakin tua. Tapi tak nak la tua sebelum waktunya kan... Umur 30 pun masih boleh bergaya. Hahaha... Bergaya sangat ke aku sebelum ni pun.

Cepat sangat la masa berjalan. Rasa tak sempat nak kejar apa yang nak dibuat. Sekarang ni pun baru sibuk nak beli rumah. Urusan beli rumah pun buat aku ngan iwan kepeningan yang teramat sangat. Sebab tak tau ape-ape pun. Dengar orang bercerita kitaorang melopong jek. Tapi sekarang ni ok dah. Dah paham banyak dah. Ni dalam proses nak uruskan loan ngan bank. Umah pun dah dapat. Kat area Ampang ni gak. Rasa tak sabar nak decorate umah sendiri ni. Syoknya!!!

**Besday mak aku ngan mak mentua aku dalam bulan Jun ni. Nak bagi ape ye...

Pakcik



Ni pakcik aku. Sekarang ni pakcik aku pun dah pandai buat blog. Hehehe... Aku le yang suruh. Mula-mula dia kata tak pandai. Tapi aku tengok ok jek. Macam orang yang dah terer buat. Orait le tu pakcik. Pakcik balik kampung lambat lagi. Masa terdekat takde katanya. Raya kot... Kan best kalau balik kampung cam ari tu. Selamat berblog la pakcik ye... Blog pakcik aku yang Ceria Selalu tu...

Monday, May 25, 2009

-Haru Biru-

Pengurusan opis makin kacau bilau. Sesuka hati buat keputusan sendiri macam syarikat ni syarikat sendiri pulak. Bila kita kat atas ni kadang-kadang dah tak sedar agaknya apa yang kita buat. Apa kita buat semua betul dan tutup mata je kot pada benda-benda yang sah-sah tak betul. Memang geram. Tapi aku sape nak protes lebih-lebih. Tukang tengok.

Saluran radio plak ada di mana-mana jek. Menggosip sana sini. Tak pasal-pasal asik buat dosa kering je aku. Takde sape-sape kat sini pun yang berani bersuara kalau orang atas buat salah. Harapan aku, moga-moga kebenaran akan terbukti kat sini. Pada orang-orang yang dah buat hidup orang lain teraniaya... diberi kesedaran dan keinsafan. Jangan la terlalu taksub pada jawatan dan gaji yang besar. Hanya amalan je dibawa mati.

Untuk NIniE

Masih ingat lagi nak beli besday present untuk awak. Tengah tunggu i punye gaji. Hehehe... Takde idea nak beli ape... :-)

Tuesday, May 19, 2009

HEPI BESDAY MARINI


Ari ni BESDAY si Nini. Dah besar dah dia dan makin tua sket la. Tapi kak jia tau tua-tua dia pun mesti bajet cun punye... Ok la nini, dah besar ni jangan gedik-gedik slalu dan jangan bajet lawa. Kak jiamu jek yang natural beauty... Hahaha...

Ok la, study elok-elok ekk... Make sure dapat jadi chef yang terkenal. Pas tu jadi anak dan adek yang baik. Hadiah??? Tunggu la ekk, ujung bulan sket ke. Tapi rasa-rasa bukan herbal life la kot. Mahal wooo... Tengah pikir lagi nak bagi ape ni.

Monday, May 18, 2009

BaAM

Saje nak kasik glemer kat adek aku yang tak de la glemer mana pun. Korang nilaikan la sendiri kehensemannya ye... Hehehe...

AF 7



AF 7 dah abis. Tak de dah diari, konsert af kat tv. Boring sket la kan malam-malam macam ni. Tak de la best mana af tu tapi ok la dari tak de langsung. Mengisi masa lapang. Konsert final ari tu pun biasa-biasa aje. Nasib baik Hafiz yang menang. Aku tak la minat kat Aril sangat. Gitu-gitu je. Tambah tak suke bila ada afmasuk tu. Sian kat bebudak yang betul-betul deserve ke final tu. Aril dah ambik tempat diaorang. Kesian kat Isma. Last-last dapat nombor 5 jek.

Hafiz memang layak menang pun. Sebelum-sebelum ni pun dia konsisten jek. Masa nak umumkan pemenang tu aku tengok Hafiz nervous semacam jek. Kesian dia. Kitaorang yang tengok kat umah pun berdebar-debar. Hahaha... Tak nak Aril yang menang jek.

Lepas ni aku tak de la nak berebut tv ngan iwan lagi. Terutamanya cite Keliwon. Kalau tak tu berebut ngan aku. Aku nak tengok diari af, dia nak tengok keliwon. Iwan ada penyokong plak tu. Anyah. Tapi kitaorang lagi ramai. Ada mak, am dan aku...

Sunday, May 17, 2009

Aku Masak

Ari ni aku masak kangkung masak taucu, ikan masak cili ngan tempe goreng tepung (tempe ngan nasik iwan masak). Tapi yang tak best sket aku terlebih bubuh taucu pulak dalam kangkung tu. Aku bajet nak rasa taucu lebih tapi rupa-rupanya taucu tu masin la. Terlebih masin sket la kangkung aku. Tapi licin gak. Maknanya sedap la kan... Nini mesti jeles. Licin nini!!!

Boroskah Aku???

Sejak akhir-akhir ni aku rasa aku kerap berbelanja. Pas tu laju je pulak duit yang nak keluar. Aduhhh... Padahal aku dah cakap kat diri aku bulan ni tak nak sopping banyak-banyak sangat. Nak jimat la kononnya... Tapi lagi sedap la plak sopping. Hahaha...

Semalam sopping kain untuk baju raya. Bape kali dah alasan nak sopping baju raya. Konon-konon nak sedapkan hati la tu. Puasa pun belum kan... Ade bape bulan lagi. Nanti setiap bulan la aku guna alasan beli kain untuk baju raya. Iwan tengok je. Bukan nak larang aku pun. Tapi kalau dia larang pun kejap je aku insaf.

Tapi yang penting raya tahun ni baju aku sedondon ngan iwan. Kaler krim gitu. Mesti chumel jek...

Friday, May 15, 2009

- Mood -

Mood tak berapa nak ok sket 2,3 ari ni. Pikir macam-macam sangat kot. Terutamanya bab anak agaknya. Sampai skang rezeki nak dapat baby blom ada lagi. Tengok orang ada baby teringin nak ada baby sendiri. Kawan-kawan plak sume ada baby. Yang tengah ngandung pun ada. Rezeki masing-masing. Cam tu la iwan cakap. Rezeki aku blom sampai lagi. Harap-harap ada la rezeki aku ngan iwan.

Wednesday, May 13, 2009

Pakcik dan Sabah

Bila nak ke Sabah...? Pakcik aku slalu tanya aku. Time ada tambang murah je pakcik aku akan remind balik. Hehehe.. Keje aku check je tambang. Bookingnye tak. Hahaha... Bila ekk nak sampai. Teringin jugak nak berjalan-jalan. Tapi tambang mahal la pakcik. Nanti nak spend untuk sopping lagi. Sementara pakcik aku kat Sabah la aku kena pegi kan.. Kalau pakcik aku dah transfer sini nanti melopong la sket nak ke sana. Ni lojing dah ada. Orang nak bawak jalan-jalan pun ada. Iwan... bila kita nak gi Sabah ni. Nanti ekk pakcik kitaorang kira duit dulu. Hahaha...

Pakcik, cepat arr buat blog. Kacang je buat ni. Jia buat pun kejap je. Tapi adik iwan ajar. Hahaha... Nak tau mana adik iwan? Yang bajet-bajet glemer dalam banyak-banyak gambar yang ada. Jangan mare ekk nini...

Ada Apa Dengan 19 Mei 2009

Hmmm... Tarikh penting ke tu? Hehehe... Macam dah dekat-dekat jek. Iwan!!! Tetoya blom gaji. Kita dok diam-diam je ekk... Hahaha...

Tuesday, May 12, 2009

Love Is Cinta..







Monday, May 11, 2009

PD Part 2


Nini kata nak gambar ni. Aku bagi dia glemer sket dari aku.


Aku yang terselit.. Tapi aku tetap lagi cun dari nini. Hahaha...

Laki aku yang seronok sangat mandi.


Cuti-Cuti @ PD Part 1

Sabtu ngan ahad bercuti ke PD. Seronok. Dapat relax kan minda. Dapat mandi laut. Hahaha.. Best. Ombak kuat plak time petang. Aku asik jatuh je. Kepala benjol sebab terhantuk ngan iwan. Hahaha.. Mana taknya, aku dah jatuh nak bangun. Iwan plak nak naikkan aku balik. Last-last terhantuk je. Petang tu aku mandi kat tepi-tepi je. Tak berani ngan ombak yang kuat semacam tu. Penat.

Esok pagi sambung mandi. Kali ni baru sedap sket berendam. Ombak tak macam petang semalam. Sesi bergambar cam biasa. Tetap ada. Tapi aku tak bleh celen ngan nini la. Dia ni tau je mana ada kamera. Mesti jam-jam tu jugak muka dia ayu jek. Ninie!!!!!!!!! Kak jia nak gambar kak jia yang natural beauty tu. Hahaha...

Nanti aku upload gambar-gambar kat PD. Slow pulak nak masukkan gambar skang ni. Jumpa kat part 2 @ PD.

Jeko Dalam Kenangan

Malam tadi sampai je umah am ngan mak cakap Jeko dah mati. Sedehnye dengar. Tapi masa last tengok Jeko pun dia macam lemah jek. Tak cergas cam kucing biasa. Tapi doktor bagitau dia ok je time tu. Tup-tup dah mati... Walaupun kitaorg tak bela Jeko tapi tetap sayang kat dia sebab kalau tuan dia berjalan Jeko dok kat umah kitaorang. Skang ni Jeko dah tinggal kenangan je...




Friday, May 8, 2009

Anjakan Paradigma - Kerja

Kadang-kadang hidup perlu berubah. Supaya hari esok lebih baik daripada hari ini. Aku pun nak berubah jadi lebih baik. Dalam kerjaya, kehidupan peribadi dan semua la. Kalau bab keje ni dah macam-macam keje aku mintak. Tapi satu pun tak melekat. Susah sangat nak dapat keje lain. Kenapa ye...

Aku dah keje kat sini 7 tahun. Start dari kerani, kemudian eksekutif dan lepas tu jadi ketua. Tapi ketua pun tak macam ketua pun. Dalam tempoh tu pada sesetengah orang dah capai macam-macam agaknye. Kejayaan-kejayaan peribadi. Tapi aku kat sini mendatar jek. Aku pun tak tau kenapa. Sebab unit aku tak besar agaknya. Iye la, cuma 2 orang je kat Unit IT ni. Jadi apa la sangat kejayaan-kejayaan peribadi yang dicipta. Aku masih lagi mencari kepuasan dalam bekerja. Tempat keje aku ni dekat je ngan rumah. Kalau ikutkan memang best dah. Tapi suasana opis aku ni agak pelik sket kot. Banyak staf-stafnya yang tak puas hati ngan pengurusan opis. Ye la, kalau banyak benda yang memang mengundang ketidakpuasan hati, konpem la banyak orang merungut kan. Bos pulak asik mengarah je... tanpa amik peduli apa masalah yang kitaorang lalui.

Banyak keje aku mintak. Kat SPA dari degree tukar ke spm pun tak dapat. KPLI pun mintak tak dapat juga. Keje-keje lain pun apply tapi tak dapat. Sekarang ni pun tunggu iklan jawatan kosong jek. Hahahaha... Harap-harap ada la kan... Tapi aku bersyukur pada Allah atas rezeki yang aku perolehi ni. Banyak sangat dah membantu aku. Cuma sesekali sebagai manusia perlukan anjakan paradigma jugak kan... Takkan nak macam ni je sampai pencen...

Bosan

Time tengah hari Jumaat cam ni memang agak bosan. Semua kuar berjalan-jalan. Diaorang ajak aku tadi tapi maleh pulak rasa nak berjalan. Nak dok opis. Berehat jek tapi boring pulak.

Hp iwan rosak lagi. Kesian dia. Ntah apasal plak hp tu meragam. Pakai tak sampai setahun. Baru je dapat lepas antar repair. Ni dah meragam balik. Terpaksa la iwan pakai hp lama aku. Nasib baik ade. Kalau tak payah nak contact tetiwanku itu.

Esok gi PD satu famili. Dapat la relax kan kepala dan badan. Mandi laut. Aku tak pandai berenang. Jangan diaorang tarik aku ke tengah dah. Mau aku menjerit je kejenye nanti. Iwan pun suke tarik-tarik aku. Hehehe...

Thursday, May 7, 2009

From Kampung With Love

Saje mau share sweet memories aku dan kampung... Bila mau balik kampung lagi ya...?








Cimon oh Cimon...

Ni kucing aku. Aku panggil Cimon. Comel kan..? Warna kelabu dan ada campuran kuning sket. Bulu kembang. Dah 10 bulan dan umur dia. Manja sangat. Kiranya kat umah ni dia dah jadi cam adik bongsu aku adik beradik la. Mana taknya, pantang hilang kejap kitaorang sume dah tercari-cari. Padahal Cimon tido jek.






Aku dan famili tak penah sunyi ngan kucing. Kalau tak de kucing, rumah rasa sunyi sangat. Aku suke ngan kucing. Kalau tengok kucing yang terbiar kat tepi-tepi jalan, kat kedai-kedai makan rasa kesian sangat. Tapi nak buat macam mana. Nak diambil tak terbela semua tu. Cuma mengharapkan ada orang lain yang kesian dan ambil kucing tu untuk dibela. Pada yang tak suke kucing tu, harap jangan la siksa-siksa binatang ni. Kucing tu pun makhluk Allah. Nak hidup jugak...

Fuhhh!!!!

Hadoiiii... Baru le duduk kat meja sendiri. Dah pukul 12.45 pun. Dari pagi tadi asik setelkan problem orang kat opis ni jek. Ari ni aku sorang-sorang. Ija still emergency lagi. Lepas satu pc ke satu pc aku pegi. Petang karang baru le nak start keje aku balik.

2.30 petang. Baru balik Euro Moda. Hahaha... Dalam busy ni pun sempat lagi bershopping. Hahaha. Ikut kawan dah tersangkut sehelai kain ela. Pompuan kan.. Macam ni la. Kat opis ni pun ada orang jual kain. Tapi macam mahal sangat plak. Iwan... Isterimu ini bershopping lagi!!! Nanti malam iwan bebel lagi. Baju yang dah siap tak pakai lagi dah beli kain baru. Almari dah tak muat. Hehehe... Pompuan dan shopping tak dapat dipisahkan...

Wednesday, May 6, 2009

Doa 12 Pintu Kebaikan

Ya Allah..Bukakanlah untukku,
pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga,
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Aku dan Keje...

Sepanjang minggu ni nak keje pun macam kureng jek... Ari ni plak tinggal sorang-sorang kat Unit IT ni. Ija cuti kecemasan plak. Harap-harap orang-orang kat opis ari ni tenang-tenang aje ye... Kalau tak... Kelam kabut la aku sorang-sorang.

Kadang-kadang kalau orang tanya Unit IT kat opis bape orang malu je nak sebut 2 orang. Aduhhh... Kat tempat lain punye la ramai kat sini 2 orang jek. Dulu ade 3, pun malu nak sebut ni dah tinggal 2 lagi la malunye... Rasa-rasanya banyak yang aku dah tertinggal dalam IT ni. Ye la.. IT kan cepat je berkembang. Macam-macam programming yang latest dah keluar. Aku masih lagi di sini. Rasa nak berubah jadi lebih advanced tapi kat sini macam susah nak keluar dari kepompong. Harapkan 2 orang je tapi nak buat yang canggih-canggih. Sape yang rajin sangat nak bagi idea-idea bernas tapi lepas tu cuma 2 orang je terkontang-kanting. Tak sanggup rasanya...

Banyak dah mintak keje lain. Kalau ikutkan dah berpuluh-puluh borang yang aku antar ke company lain. Mungkin rezeki aku kat sini. Iwan dah letih dah dengar rintihan hati aku ni. Hahahaha... Iwan tetap jadi pendengar yang setia. Setiap kali cite kat iwan, tenang sket hati aku ni.

Ari ni dah rabu dah. Kejap jek. Esok Khamis, lusa Jumaat. Semalam bos cakap ari ni dia takde tapi ade je kat opis ari ni. Siap nak meeting lagi kat opis ni. Minggu ni aku free banyak sket. Bulan lepas penuh ngan meeting je. Letih betul aku. Tapi minggu depan berderet-deret balik meeting. Tak kisah la, janji minggu ni aku relax sakan. Hahaha... Keje bukan tak ada tapi nak ubah coding sistem buat aku malas betul. Sistem dah cun-cun boleh jalan nak ubah pulak. Nak tak nak kena buat jugak. Hmmm...

Tuesday, May 5, 2009

Blog Dah Siap

Tima kasih ninie sebab tolong kak jia. Blog dah jadi dah. Agak cantek jugak la dan aku pun semakin terer dah. Lepas ni boleh tunjuk kat iwan plak. Hehehe... Boleh buat link ke blog iwan. So aku dah ada hobi baru. Time boring-boring kat opis ni boleh lah buat blog plak. Takde la nak melopong je kejenye kan... Hehehe...

1st Entry

Ni first entry aku.. Saje aktif balik sebab tengok ninie ngan iwan yang aktif plak berblog-blog ni... Jeles..? Takde la.. Tapi cam best plak bila tengok diaorg buat. Terutamanye ninie punye. Pagi-pagi lagi sebelum start buat keje aku mesti tengok blog ninie dulu. Best baca. Cari mood sebelum buat keje. Blog iwan baru buat. Aku tak sempat nak tengok lagi. Tapi lawa gak aku tengok iwan buat.
Entry kali ni agak kelam kabut sket la. Baru blaja balik. Yang ari tu dah lupa dah.. Kena mintak tolong iwan bagi cun kan blog ni. Maklum la aku ni pemalas sket bab-bab nak bagi lawa ni. Hehehe... Iwan... Nanti cun kan ekk.. Cayang kat iwan... Aku panggil tetiwan kat asben aku ni. Kena gelak ngan ninie ngan eja jek. Ngan am pun slalu kena. Slalu berlakon jadi aku panggil tetiwan. Hahaha.. Tapi tak pe... kita tetap romatik kan tetiwan... Hahaha..